Thursday, 19 May 2016

Info PEKDIS


PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah, Malaysia.

Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula didaftarkan sebagai pertubuhan pada 13 September 2004. Yang Dipertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd. Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM.

Bagi sesi 2018/2019, jawatan Yang Dipertua PEKDIS disandang oleh Pn.Noriah binti Haron  Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehingga 2019, jumlah ahli persatuan sebanyak 25,578 orang. Semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing.

Sehingga kini ia mempunyai 16 cawangan diseluruh negara. Pengerusi PEKDIS cawangan merupakan ketua sektor pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri.

VISI
Kegiatan Dakwah Berkualiti, Guru Pendidikan Islam Bestari

MISI
Melestarikan dakwah yang berkualiti untuk membangunkan potensi Guru Pendidikan Islam bagi memenuhi aspirasi Ummah

TUJUAN
1. Memperkukuhkan kegiatan dakwah melalui usaha memantapkan profesionalisme Guru Pendidikan Islam (GPI).

2. Membantu pelaksanaan aktiviti dakwah dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.

3. Mendukung wadah pengikat ukhuwah Islamiah kepada semua Guru Pendidikan Islam melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.


KEAHLIAN
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah bersara.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian.

Alamat tempat urusan Pertubuhan ialah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras Bawah dan Aras 2, No 2251, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor.